suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasport Malaysia Ke-5 Paling 'Berkuasa' Di Dunia

PETALING JAYA: Pasport Malaysia kini yang mempunyai akses tanpa visa untuk 117 negara, sekali gus menjadikannya sebagai pasport kelima paling 'berkuasa' di dunia dalam Indeks Pasport Arton Capital.

Malaysia menduduki tempat kelima bersama Ireland, Kanada dan New Zealand, dengan 154 mata terkumpul Visa-Free Score (VFS).

Pemegang pasport Malaysia boleh menikmati akses tanpa visa ke 117 negara termasuk keistimewaan visa semasa ketibaan untuk 37 negara.

VFS dikira berdasarkan keistimewaan tanpa visa dan visa semasa ketibaan. Lebih tinggi skor VFS, lebih banyak mobiliti global dapat dinikmati pemegang pasport.

Pasport paling berkuasa di dunia adalah Jerman, dengan skor VFS 158.

Pasport Jerman menyediakan akses tanpa visa kepada 124 buah negara dan 34 visa semasa ketibaan.

Singapura dan Sweden menduduki tempat kedua dengan skor VFS 157.

Di tempat ketiga adalah Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Norway, United Kingdom dan Amerika Syarikat dengan skor VFS 156.

Itali, Belanda, Belgium, Austria, Luxembourg, Portugal dan Jepun telah disenaraikan di kedudukan keempat dengan 155 mata VFS.

Di rantau Asean, pasport Brunei berada di kedudukan 20 dan mendapat skor VFS 134.

Negara-negara lain seperti Thailand (58) mendapat 70 mata VFS, Filipina (67) 60 mata, Indonesia (69) 58 mata, manakala Vietnam dan Kemboja (79) 48 mata.

Afghanistan mempunyai pasport paling 'lemah' dengan hanya 23 mata VFS.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Solidariti Pemandu Lori

Artikel Lain