suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Ditahan Cuba Seludup Benih Kerang

ALOR SETAR: Dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun ditahan anggota Jabatan Perikanan Kedah selepas cuba menyeludup 8,000 kilogram anak kerang bernilai kira-kira RM100,000 ke negara jiran.

Kedua-dua mereka yang juga rakyat tempatan ditahan di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini kira-kira pukul 7 malam Sabtu hasil maklumat dan risikan pihak berkuasa berhubung aktiviti penyeludupan anak kerang ke negara jiran.

Ketua Cawangan Perlindungan Sumber, Pejabat Perikanan Kedah, Khairul Amrie Ariffin berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori itu menemukan 200 guni anak kerang yang dipercayai dibawa dari Sabak Bernam, Selangor menuju ke Changlun, dekat sini.

Pemeriksan lanjut mendapati pemandunya melanggar peraturan dengan membawa muatan anak kerang sedangkan mereka hanya mempunyai lesen membeli anak kerang yang didaftarkan di daerah Larut, Matang dan Selama di Perak.

"Soal siasat juga mendapati, mereka tidak masuk ke Kuala Sepetang, Perak sebaliknya melencong membawa muatan anak kerang itu ke Changlun untuk dipindahkan ke dalam kenderaan persendirian sebelum diseludup ke Thailand," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Menurutnya, permintaan yang tinggi terhadap anak kerang di negara jiran menyebabkan kedua-dua suspek sanggup berdepan risiko walaupun upah yang diterima tidak seberapa.

"Mereka cuba menyeludup anak kerang yang berkualiti tinggi ini ke sana kerana harga pasaran di sana boleh mencecah sehingga RM200,000. Kita masih menyiasat penglibatan dua lelaki ini yang bekerja sebagai pemandu lori ikan sebelum ini," katanya.

Kedua-dua lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan mereka manakala semua anak kerang itu dirampas sebelum dilepaskan di perairan negara ini.

Kes disiasat mengikut Perkara 3 (1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002 di mana sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA


benih kerang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain