suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hakisan: Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris Ditutup

HULU TERENGGANU: Laluan di Seksyen 85, Jalan Persekutuan 185, Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris dekat Tasik Kenyir di sini ditutup serta merta kepada lalu lintas berikutan jalan tersebut putus selepas berlaku pergerakan tanah akibat hujan lebat sejak dua hari lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu Ir Che Kamaruddin Bahar berkata pergerakan tanah yang menyebabkan hakisan di bahagian bawah laluan itu  berlaku akibat taburan hujan yang tinggi sepanjang musim monsun ini lalu membentuk laluan air semulajadi di bawah jalan itu.

"Kita jangkakan ia mengambil masa sebulan untuk proses baik pulih sepenuhnya jalan ini.

"Jadi buat sementara waktu kita mencadangkan sebuah jambatan sementara dibina bagi menghubungkan laluan itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, tinjauan mengesan terdapat banyak hakisan dan tanah runtuh yang berlaku di sepanjang jalan berkenaan yang membahayakan pengguna jalan raya. - BERNAMA

Artikel Lain