suria

39 Lelaki 'Bogel' Di Pusat Peranginan Ditahan

PETALING JAYA: Sekumpulan 39 lelaki ditahan selepas didapati berbogel semasa menyertai kem motivasi anjuran sebuah syarikat di padang permainan sebuah pusat peranginan di Bentong.

Lelaki berusia antara 19 dan 23 tahun itu dilaporkan menanggalkan pakaian mereka semasa aktiviti kumpulan yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mereka menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti itu di pusat peranginan terbabit kira-kira pukul 6.12 petang.

Katanya, polis dikejarkan ke pusat peranginan itu dan mengintip aktiviti kumpulan berkenaan dan menahan sekumpulan lelaki pada tengah malam.

Turut ditahan sembilan wakil termasuk dua fasilitator wanita dari syarikat tersebut.

Mohamad Mansor berkata sekumpulan lelaki itu mengambil bahagian dalam permainan yang dipanggil "All Out" di mana mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk membentuk satu garisan menggunakan objek yang ditampal pada badan mereka.

Program tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari itu membabitkan 48 peserta.

Polis sedang menyiasat kumpulan tersebut kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.




bogel, kem motivasi

Artikel Lain