suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Indonesia Ditemukan Mati Berhampiran Terminal Feri Labuan

LABUAN: Seorang lelaki Indonesia ditemukan mati di hadapan sebuah kedai nombor ekor berhampiran Terminal Feri Antarabangsa Labuan di sini Sabtu.

Orang ramai yang lalu di kawasan itu menjumpai lelaki berkenaan, berusia dalam lingkungan 50 tahun, tertiarap di kaki lima pada kira-kira 4.45 petang dan terus menghubungi polis.

Polis berkata tidak terdapat sebarang unsur jenayah dan menyifatkan kematian lelaki itu sebagai kes mati mengejut.

Waris atau mereka yang mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan diminta menghubungi polis Labuan. - BERNAMA

warga Indonesia, maut

Artikel Lain