Jambatan Kasih Runtuh, Dua Kampung Terputus Hubungan - Semasa | mStar

Jambatan Kasih Runtuh, Dua Kampung Terputus Hubungan

Jambatan Kasih.

MELAKA: Sebuah jambatan berusia lebih 30 tahun yang menjadi laluan utama penduduk kampung Melaka dan Johor, runtuh selepas hujan lebat yang berterusan pada Jumaat.

Jambatan yang dikenali sebagai "Jambatan Kasih" dibina pada 1986 dan merentangi Sungai Rambai yang membentuk sempadan antara Melaka dan Johor.

Jambatan itu amat penting untuk menghubungkan penduduk Kampung Penghulu Tengah di Sungai Rambai, Melaka dan Kampung Telok Rimba di Ledang, Johor kerana ia mengurangkan jarak perjalanan antara kedua-dua kampung kira-kira 45 minit berbanding laluan lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Datuk Hasan Ab Rahman menganggarkan kira-kira 5,000 penduduk menggunakan jambatan itu setiap hari.

"Kami percaya arus sungai yang deras berikutan hujan lebat menyebabkan jambatan itu runtuh.

"Syukur, tiada pengguna melalui jambatan semasa insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Jumaat," katanya.


Jambatan Kasih , runtuh

Artikel Sebelum

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat

Artikel Lain