Polis Maut Tertembak Diri Sendiri - Semasa | mStar

Polis Maut Tertembak Diri Sendiri

Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Seorang anggota polis maut dalam satu kemalangan ngeri apabila dia tidak sengaja tertembak diri sendiri tiga kali di bahagian dada semasa cuba melakukan kerja penyelenggaraan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Sarjan Abu Bakar Pander, 51, dari Seremban ditemui mati oleh rakan sekerjanya kira-kira pukul 7 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Jokhiri Abd Aziz berkata kejadian berlaku antara pukul 6.20 pagi dan 6.50 pagi di bilik stor penyimpanan peluru ibu pejabat polis tersebut.

Katanya, semasa kejadian, mangsa sedang bekerja sendiri di dalam bilik stor itu semasa menjalankan kerja penyelenggaraan ke atas beberapa senjata.

"Beberapa das tembakan kedengaran yang terkena dada mangsa dan menyebabkan kematiannya," kata Jokhiri dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata mangsa yang mempunyai 30 tahun pengalaman bekerja ditemui terbaring di atas lantai oleh rakan sekerjanya.

Satu pasukan perubatan dari Hospital Sultan Ismail dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia.

"Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Seremban untuk dikebumikan," kata Jokhiri.



polis , maut

Artikel Sebelum

Bangkai Ayam Jadi Makanan Ikan Keli

Artikel Berikut

Lapan Kedai di Kea Farm Terbakar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain