suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangkai Ayam Jadi Makanan Ikan Keli

GEORGE TOWN: Gambar sebuah lori yang dipenuhi bangkai ayam menjadi viral di laman media sosial pada Selasa lalu.

Bangkai ayam tersebut didakwa dijual kepada pemilik restoran makanan di tempat yang tidak diketahui.

Malah netizen mendakwa ayam tersebut dipercayai dijual secara lelong dengan harga RM2 seekor kepada restoran menjual nasi ayam dan nasi kandar.

Namun perkara itu dinafikan Pegawai Penyelidik Jabatan Perikanan, Chuah Hean Peng.

"Bangkai ayam itu dihantar ke kolam penternakan ikan keli. Ia akan disanitasi dalam periuk tekanan tinggi sebelum dijadikan makanan kepada ikan keli tersebut," katanya.

Beliau menjelaskan kaedah memberi makan ikan tersebut sejak berdekad lalu sebelum adanya makanan komersial pada 1980.

"Ikan keli adalah pemakan bangkai secara semula jadi tetapi Jabatan Perikanan menggalakkan penternak menggunakan makanan biji komersial berbanding makanan proses ladang yang lebih murah," katanya.

bangkai ayam, ikan keli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain