suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RRC Dikuatkuasa Di Sempadan Thai Jun Ini - Tiong Lai

Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengenakan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) terhadap kenderaan bernombor pendaftaran asing yang memasuki negara ini melalui sempadan Thailand menjelang Jun ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini menegaskan bahawa kerajaan tidak berdiskriminasi dalam menguatkuasakan RRC.

"Saya menyambut baik keputusan Singapura (untuk tidak mengenakan RRC jika Malaysia memperkenalkan caj itu di sempadan Thailand). Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak mengamalkan diskriminasi terhadap kenderaan Singapura.

"Kami menguatkuasakan caj ini di semua sempadan kami. Sehubungan itu, kami akan memperkenalkannya di sempadan Thai," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan terbaharu Singapura bahawa republik itu bersedia menarik balik RRC sebanyak $6.40 terhadap kenderaan Malaysia yang memasuki Singapura sekiranya Malaysia turut mengenakan caj serupa di sempadannya yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain