suria

OIC Setuju Hantar Pasukan Ke Myanmar Kaji Masalah Rohingya

Anifah Aman

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersetuju untuk menghantar delegasi peringkat tinggi ke wilayah Rakhine diMyanmar untuk mengkaji situasi dan masalah minoriti Islam Rohingya di negaraitu.

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berkata keputusan itu dicapai selepas Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar OIC mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar, di sini pada Khamis.

Anifah berkata penilaian antarabangsa mengenai situasi yang berlaku di wilayah Rakhine memberi kelebihan kepada kerajaan Myanmar kerana ia boleh menangkis tuduhan negatif yang mengaitkannya dengan penyalahgunaan kuasa dan kekejaman terhadap etnik itu.

"Dalam usaha untuk memastikan realiti, mengapa tidak kerajaan Myanmar menerima pasukan bebas untuk menilai sama ada apa yang diperkatakan benar-benar berlaku atau ia hanya propaganda.

"Ia merupakan penyelesaian terbaik dan kita boleh menggerakkan usaha dari situ," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat sehari itu berakhir, dengan harapan kerajaan junta bersetuju membenarkan lawatan tersebut.-Bernama

OIC, Datuk Seri Anifah Aman

Artikel Berikut

Artikel Lain