suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Dipercayai Sakit Mental Bakar Kereta, Cabul Jiran

- Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental bertindak membakar sebuah kereta jirannya dan mencabul seorang wanita di Felda Jelai Gemas, Tampin, dekat sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata suspek berusia 39 tahun dikatakan tidak pernah membuat masalah terhadap jiran tetangga sebelum ini namun hanya bertindak agresif sejak awal pagi tadi.

Beliau berkata dalam kejadian pertama kira-kira pukul 3.30 pagi, pengadu terdengar bunyi ketukan kuat di luar rumah tetapi tidak berani keluar dari bilik.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira pukul 4.30 pagi pengadu keluar dari bilik dan ternampak cahaya.

Apabila melihat dari tingkap, dia ternampak kereta jenis Perodua Viva milik rakannya yang dipakir di hadapan rumah telah terbakar.


"Suspek juga pada jam 9.30 pagi telah memasuki rumah jiran sebelah rumah dan memeluk seorang wanita berusia 34 tahun," katanya dalam kenyataan di sini.

Hamazah berkata suspek yang tidak bekerja dan masih bujang itu dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak mempunyai rekod hospital dan telah dirujuk kepadapakar psikiatri Hospital Segamat.

"Kejadian kereta dibakar itu menyebabkan pemilik kenderaan itu kerugian kira-kira RM20,000 termasuk kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kamera jenis Canon, GPS termasuk beg mengandungi pakaian dan kasut," katanya.

Hamazah berkata hasil siasatan awal, suspek mengaku membakar kereta tersebut dan semakan rekod jenayah lampau pula mendapati suspek terlibat dengan kes bersabit dadah.

Katanya kes bakar kenderaaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan manakala kes cabul disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

sakit mental, bakar kereta, cabul

Artikel Lain