suria

Mahkamah Gugur Dua Kenyataan Tengku Sharifuddin Dalam Saman Mukhriz

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad untuk menggugurkan dua daripada empat kenyataan akhbar beliau yang terkandung dalam saman bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar memutuskan bahawa perkataan yang didakwa berunsur fitnah dalam dua kenyataan akhbar bertarikh 15 dan 20 April itu tidak merujuk kepada Mukhriz.

"Oleh itu, tindakan ini adalah tidak kukuh," katanya.

Bagaimanapun, hakim itu menegaskan bahawa kenyataan akhbar ketiga dan keempat yang dikeluarkan pada 23 dan 26 April hanya boleh ditentukan melalui perbicaraan penuh sama ada ia berbaur fitnah atau tidak.

Mukhriz, 51, memfailkan saman itu pada 3 Mei tahun lepas, dengan mendakwa bahawa Tengku Sharifuddin telah mengeluarkan empat kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau masing-masing pada 15, 20, 23 dan 26 April.

Kenyataan itu dikeluarkan di bawah tajuk 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister'; 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Former DPM's Reuters Interview'; 'Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister's Press Secretary'; dan 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamad and Mukhriz Mahathir'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain