suria

Dasar Kek Halal Di McDonald's Singapura Sejak 1992

PETALING JAYA: Dasar McDonald's Malaysia untuk hanya membenarkan kek hari jadi yang disahkan halal dibawa masuk ke premis rangkaiannya tidak hanya terhad kepada Malaysia.

Ia merupakan satu dasar yang telah diamalkan oleh rangkaian restoran McDonald's di Singapura selama lebih 20 tahun, menurut Pengarah Komunikasi dan Hubungan Kerajaan McDonald's Faz Hussen.

"Walaupun kebiasaannya makanan luar tidak dibenarkan di restoran kami, kami membuat pengecualian untuk kek hari jadi namun kek tersebut perlulah dari restoran yang disahkan halal atau dari sumber halal.

"Peraturan ini telah dilaksanakan pada tahun 1992, apabila restoran semua restoran McDonald's di Singapura menerima pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, McDonald's Singapura juga menyediakan kek hari jadi sebagai sebahagian daripada tawaran pakej parti hari jadi.

"Sebagai sebuah restoran yang disahkan halal, kami perlu mematuhi sepenuhnya peraturan Muis untuk memastikan makanan yang kita sajikan halal dan sesuai dimakan untuk rakan-rakan yang beragama Islam," katanya.

McDonald's Malaysia menjadi sasaran pelbagai kritikan mengenai notis yang diletakkan di premis-premisnya untuk memberitahu pelanggan bahawa hanya kek hari lahir yang diperakui halal dibenarkan di restoran itu.

Pada Khamis, syarikat ini telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bahawa dasar itu selaras dengan keperluan yang perlu dipenuhi untuk persijilan halal.

kek halal, McDonald's, sijil halal

Artikel Lain