Sembilan Kampung Di Kota Belud Dilanda Banjir Kilat - Semasa | mStar

Sembilan Kampung Di Kota Belud Dilanda Banjir Kilat

KOTA KINABALU: Sembilan kampung di Kota Belud dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang Selasa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata kampung terbabit ialah Kampung Bobot, Kampung Sembirai, Kampung Kota Belud, Kampung Wokok, Kampung Siasai, Kampung Menunggui, Kampung Linau, Kampung Ijuk dan Kampung Gunding.

"Jalan terputus menyebabkan aliran trafik sesak di beberapa kawasan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muliadi berkata setakat ini mungkin tiada penduduk yang akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan paras air semakin surut.

Banjir Kilat , Kota Belud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan