suria

Kapasitor Lampu Punca Kebakaran HSA

Datuk Seri Dr S. Subramaniam
SEGAMAT: Kebakaran yang berlaku di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada akhir Oktober berpunca daripada kapasitor dalam lampu yang terbakar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata punca kebakaran telah didedahkan dalam laporan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak berkuasa dan suruhanjaya yang ditubuhkan untuk menyiasat kebakaran itu.

"Kebakaran berpunca daripada kapasitor yang berhubung dengan beberapa bahan mudah terbakar di bawahnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan peralatan untuk golongan berpendapatan rendah di bawah program 1Azam di Taman Yayasan di sini Jumaat.

Kebakaran yang berlaku di tingkat dua ICU, bahagian selatan hospital pada 25 Oktober itu menyebabkan enam kematian dan beberapa kecederaan.

Blok hospital yang menempatkan ICU itu kini ditutup untuk siasatan dan kerja-kerja pembaikan yang berterusan.

Artikel Lain