suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Hakim N.H Chan Meninggal Dunia

N.H. Chan
IPOH: Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Chan Nyarn Hoi atau lebih dikenali sebagai N.H. Chan meninggal dunia pada usia 81.

Balunya, Datin Ann Chan Foong Keen berkata suaminya mengalami serangan jantung di rumah mereka di Taman Sunrise di sini pada pukul 5.30 petang Khamis.

Hakim kelahiran Ipoh itu paling diingati kerana menggunakan petikan 'something is rotten in the state of Denmark' oleh William Shakespeare dalam kes kontroversi Ayer Molek yang telah didengar di Mahkamah Tinggi Sivil di Wisma Denmark.

Beliau telah dipanggil ke Badan Peguam Inggeris oleh Middle Temple pada tahun 1959 dan diterima masuk ke Badan Peguam Malaya dua tahun kemudian.

Beliau berkhidmat sebagai seorang peguam sehingga dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 1979 dan seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada Mac tahun berikut.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan, di mana beliau berkhidmat sehingga persaraannta pada tahun 2000.
N.H. Chan, Datuk Chan Nyarn Hoi

Artikel Lain