suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reman Suspek Kes Bunuh KK Sambung 7 Hari Lagi

KOTA KINABALU: Tempoh reman bagi enam suspek dalam kes pembunuhan pelajar kolej, Yacoob Nasran di luar sebuah pub di sini disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra mengesahkan pada Khamis bahawa polis mendapat kebenaran untuk melanjutkan tempoh reman daripada Mahkamah Majistret bagi enam suspek berkenaan.

Enam terbabit ditahan susulan pergaduhan di luar sebuah pub di Asia City di mana Yacoob, 18, telah dibunuh.

Abang Yacoob yang berusia 19 tahun dan seorang lagi rakan mereka cedera dalam pergaduhan pada pukul 3 pagi selepas mereka cuba untuk masuk campur dalam perbalahan sepasang kekasih.

Pada hari kejadian, kumpulan remaja lelaki itu keluar bersama empat lagi gadis untuk berhibur.

Kes Bunuh, Kota Kinabalu

Artikel Berikut

Artikel Lain