suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Layan Ulat Tiket

PASIR GUDANG: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baru Cina bulan depan dinasihatkan supaya tidak membeli tiket bas ekspres daripada ulat tiket.

Eksekutif operasi dan jualan Transnasional Express wilayah selatan, Mohd Khairil Anuar Othman berkata pengguna akan mendedahkan diri mereka kepada risiko jika membeli tiket daripada pihak yang tidak berlesen.

Beliau berkata penumpang yang menaiki bas ekspres secara haram tidak dilindungi insurans seperti mereka yang menggunakan perkhidmatan berkenaan secara sah.

"Ulat-ulat tiket sentiasa mengambil kesempatan ke atas penumpang yang terdesak untuk pulang bagi meraikan musim perayaan," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan bas ekspres syarikat itu bagi laluan Pasir Gudang-Kuala Lumpur di sini, khamis.

Mohd Khairil menasihatkan mereka yang merancang kembali ke kampung halaman mereka untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya mula menempah tiket bas daripada sekarang.

"Kebanyakan pengusaha bas ekspres di negara ini sudah mula menjual tiket untuk perayaan Tahun Baru Cina," katanya.

Ulat Tiket, Tahun Baru Cina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain