suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Mengaku Mencuri Bebas Hukuman Penjara

KUALA LUMPUR: Seorang guru sebuah sekolah swasta dibebaskan dengan bon berkelakuan baik beserta cagaran sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri barangan dari sebuah pasar raya enam bulan lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Kho Yen Yen, 37, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan pada Khamis.

Majistret juga mengarahkan beliau untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selama dua tahun dan jika gagal mematuhi syarat tersebut, dia akan dipenjarakan.

Beliau berkata sebagai seorang guru, Kho perlu menjadi contoh yang baik dan tidak menggunakan alasan bahawa dia terlupa untuk membayar barangan yang diambilnya itu.

Kho didakwa mencuri sebotol minuman Nestle Bliss, satu kotak Olay Te Gtle SPF 15, hiasan pastri, sebotol pelembap Safi dan sebotol minyak zaitun Bertolli bernilai RM110.85.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Kesalahan itu dilakukan di pasar raya Aeon Big di Mid Valley Megamall di sini pada pukul 11.30 pagi pada 10 Jun.

Terdahulu, dalam rayuannya Kho berkata, dia adalah seorang guru di sebuah sekolah swasta dan dia telah terlupa untuk membayar barangan tersebut dan tidak berniat untuk mencuri.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang akan memberi pengajaran kepada tertuduh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain