suria

Proton Iriz Menang Anugerah Kereta Bajet Asia

Proton Iriz. -fotoTHESTAR
KUALA LUMPUR: Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd telah mencatatkan sejarah apabila modelnya, Proton Iriz dinamakan sebagai 'Kereta Bajet Tahun Ini' oleh pakar-pakar permotoran terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Thailand pada majlis penyampaian anugerah 2016 ASEAN Car of the Year (ACOTY).

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, ditambah dengan satu lagi anugerah yang diterima, baru-baru ini, syarikat adalah sangat gembira dengan pengiktirafan ACOTY khususnya disebabkan Iriz telah dilancarkan sejak dua tahun lepas.

"Kami telah meletakkan banyak kelebihan ke dalam Iriz untuk memberikan pelanggan kami nilai yang lebih baik dan anugerah ini mengiktiraf usaha kami dalam hal tersebut," katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan majlis anugerah itu yang diadakan di sini pada 16 Disember lepas.

Iriz yang telah diperkenalkan pada Ogos 2014, menandakan kemasukkan Proton ke dalam segmen kereta kompak.

Dari segi keselamatan, ia telah diberikan penarafan 5-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN, kereta tersebut digerakkan dengan enjin VVT empat silinder baharu 1.3 liter atau 1.6-liter dan berharga antara RM41,520 sehingga RM62,030.

Sementara itu, Proton berkata ia menawarkan rebet yang bermula daripada RM2, 200 hingga RM4,000, termasuk servis percuma selama dua tahun atau 40,000 km, yang mana datang dahulu, bagi semua pembelian baharu varian tersebut dalam  bulan Disember.

Artikel Sebelum

Diskaun Tol Sempena Krismas

Artikel Lain