suria

Polis Tahan Dua Suspek Rogol Wanita Indonesia

MIRI: Polis menahan dua lelaki yang didakwa menyamar sebagai anggota polis dan merogol seorang wanita Indonesia di sini.

Dua lelaki tersebut yang salah seorang daripada mereka adalah penjawat awam, ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

"Kami sedang memburu seorang lagi suspek kerana siasatan menunjukkan tiga lelaki terlibat dalam kes itu," katanya.

Dua suspek itu dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan mengari seorang wanita Indonesia.

Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah rumah di bandaraya Miri di mana mereka didakwa merogol wanita tersebut.

Wanita berusia 30 tahun itu membuat laporan polis berhubung insiden tersebut yang berlaku pada Isnin.

Mangsa mendakwa dia dipaksa masuk ke dalam kereta oleh dua lelaki tersebut di luar tapak pembinaan dan mendakwa mereka akan membawanya ke balai polis.

Namun, wanita itu berkata kedua-dua suspek membawanya ke sebuah rumah sebelum merogolnya secara bergilir-gilir.

Leng Huat berkata wania itu dimasukkan ke Hospital Miri dan kes diklasifikasikan sebagai rogol.


rogol, wanita Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Lain