suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Didakwa Terlibat Kes Bunuh Di Singapura

ANGGOTA polis menemukan mayat Maimunah Awang di dalam longkat berdekatan sebuah pencawang elektrik pada 25 November 2016. - GAMBAR FAIL

SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia bakal didakwa di mahkamah Singapura atas tuduhan membunuh berhubung satu kes kematian di Terminal Feri Tanah Merah pada bulan lalu.

Dalam kejadian pada 25 November lalu, penyelia pembersihan Maimunah Awang ditemukan mati di dalam longkang sedalam dua meter berdekatan sebuah pencawang di terminal tersebut.

Mangsa berusia 53 tahun itu dilaporkan hilang sehari sebelumnya dan seorang pekerja di terminal itu mendakwa, barangan kemas yang sering dipakai oleh wanita terbabit juga hilang.

Dalam pada itu, polis berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki telah ditahan di Malaysia pada Ahad lalu selepas satu waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Negeri di Singapura.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis Singapura sehari kemudiaan dan dijangka didakwa di mahkamah pada Rabu atas tuduhan membunuh, sekali gus boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Kanan, Sekhter Warrier menyampaikan rasa terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas sokongan dalam kes terbabit.

Beliau berkata, polis Singapura akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa negara lain untuk memastikan penjenayah dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain