suria

Rayuan Kes Suami Isteri Ganggu Penguatkuasa MBSA Ditetap 20 Januari

Pasangan suami isteri yang didapati bersalah mengganggu penguatkuasa wanita MBSA pada 24 November 2016.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 20 Januari untuk mendengar rayuan yang dikemukakan oleh pasangan suami isteri selepas kedua-dua pesalah dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda sebanyak RM3,000 kerana menggangu tugas anggota penguatkuasa wanita Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) pada bulan lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Mahkamah Tinggi, Jackie Marry menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu dikemukakan kepada beliau.

Pendengaran rayuan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Wong Tek Meng.

Pihak pendakwa raya yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli ketika ditemui pemberita, berkata, tarikh tersebut ditetapkan bagi mendengar rayuan daripada Lor Ka Hoo, 35, and isterinya, Tan Sit Fun, 30, serta rayuan oleh pihak pendakwaan.

Jelasnya, pihak pendakwa raya memfailkan rayuan pada 15 Disember lalu bagi mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas pasangan tersebut.

Ka Hoo dan Sit Fun mengaku bersalah menggunakan kekerasan untuk menghalang penguatkuasa MBSA, Nurul Ain Isa, 23, daripada melaksanakan tugasnya.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta awam di Jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi pada 24 November lalu - BERNAMA

MBSA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain