suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Lagi Penyelenggaraan Pada Musim Perayaan - SPAN

GAMBAR FAIL

PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memberi jaminan bahawa tiada lagi catuan berjadual bekalan air ketika musim perayaan.

Pengerusinya, Datuk Liang Teck Meng berkata, beliau telah mengarahkan agar tiada lagi syarikat air dibenarkan menjalankan kerja pengelenggaraan berjadual yang menyebabkan gangguan bekalan air berskala besar seminggu sebelum atau selepas sambutan perayaan penting.

"SPAN dan syarikat air yang lain perlu menghormati keperluan pengguna apabila mereka menyambut hari perayaan.

"SPAN juga akan bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak terlibat untuk memastikan kerja penyelenggaraan di pencawang Bukit Badong akan siap dalam tempoh 16 jam," katanya.

Teck Meng menambah, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd juga diminta memastikan bekalan air kembali pulih secepat mungkin dan lori tangki air dihantar untuk kegunaan kecemasan.

"Bekalan air sangat penting dan setiap pihak perlu menjalankan tanggungjawab untuk memastikan gangguan berlaku secara minimum terhadap pengguna," katanya.

SPAN, TNB

Artikel Berikut

Artikel Lain