suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesara Maut Dibaham Buaya

- Gambar hiasan
LAHAD DATU: Seorang bekas kakitangan Majlis Daerah Lahad Datu yang baru bersara pada September lepas, maut dibaham buaya dalam kejadian pada tengah malam Selasa di pelabuhan Industri Kluster Minyak Sawit (POIC) dekat sini.

Mayat Tigahari Madjami, 60, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bomba di sekitar lokasi kejadian kira-kira pukul 12.33 pagi Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Mohd Afendi K Ramin dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 12.07 tengah malam dan 10 anggota SAR bergegas ke tempat kejadian.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menangkap ikan di pelabuhan POIC.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Semporna dengan bantuan Majlis Daerah selepas dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Artikel Lain