suria

Orang Asli Tunjuk Semangat Setiakawan Terhadap Rakan Yang Ditahan

PETALING JAYA: Sekumpulan Orang Asli berkumpul di luar bangunan mahkamah Gua Musang pada Rabu bagi menyatakan sokongan terhadap rakan-rakan mereka yang ditahan di kawasan sekatan aktiviti pembalakan di Simpang Petir, Selasa.

Aktivis Siti Kasim, yang juga peguam mewakili Orang Asli berkata, seramai 49 Orang Asli telah ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Perhutanan.

Video yang dikongsi di Facebook oleh aktivis Mohd Hisyamuddin Ghazali menunjukkan sekumpulan kira-kira 50 Orang Asli termasuk dari Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, menunggu di hadapan bangunan mahkamah sementara menunggu khabar berita tentang mereka yang berada di dalam mahkamah.

Kumpulan itu turut menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku.

Sebelum itu, mereka berarak ke bangunan mahkamah melaungkan slogan seperti 'Bebaskan Kawan Kami', dan 'hidup Orang Asli'.

Pada Selasa, polis dan pegawai Jabatan Perhutanan melakukan operasi merobohkan sekatan laluan balak di Kampung Tohoi, Gua Musang.

Difahamkan operasi merobohkan sekatan laluan keluar balak itu terpaksa dilakukan selepas rundingan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan Orang Asli menemui jalan buntu dipercayai disebabkan ada campur tangan pihak luar.


Sebelum ini Jabatan Perhutanan Kelantan telah mengeluarkan notis agar sekatan dirobohkan namun Orang Asli di kawasan itu tetap bertegas dengan  tindakan mereka sehingga memaksa pihak berkuasa campur tangan.

Artikel Sebelum

Pesara Maut Dibaham Buaya

Artikel Lain