suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat

Keadaan banjir kilat di Gerik, Perak.

IPOH: Beberapa kawasan di Gerik, Lenggong dan Batu Gajah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat malam Sabtu, namun setakat ini tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Kawasan terjejas ialah Kampung Beng di Lenggong, jalan utama Batu 3 Jalan Tanjung Tualang di Batu Gajah manakala di Gerik melibatkan Kampung Air Suda, Kampung Ramasamy, Pasar Awam, Jalan Takong Datok dan Kampung Padang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, banjir kilat itu mengakibatkan lima kawasan di Gerik dinaiki air setinggi 1.2 meter.

"Seorang mangsa yang terperangkap di kawasan banjir di pasar awam dipindahkan ke tempat selamat dengan menggunakan bot," katanya.

Katanya, sebuah rumah di Kampung Beng dinaiki air setinggi 0.5 meter dan kini air sudah mulai surut manakala air yang melimpah di jalan utama Batu Gajah pagi tadi surut sepenuhnya.

Susulan itu, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka di Gerik.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Perak berkata, seramai empat mangsa daripada sebuah keluarga dari Kampung Padang dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Gerik apabila rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat malam Sabtu.- BERNAMA


banjir kilat, Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain