Jamal Nafi Sebut 'Polis Pukul Saya' - Semasa | mStar

Jamal Nafi Sebut 'Polis Pukul Saya'

Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos pada Isnin menafikan beliau menyebut polis telah menumbuknya dalam insiden di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.

Jamal berkata ketika kejadian, beliau ingin memberitahu polis bahawa beliau telah dipukul, bukan polis yang telah memukulnya.

"Pada waktu itu berlaku pergelutan, bukan saya sebut polis pukul saya, tetapi saya ingin beritahu kepada polis bahawa saya dipukul. Sebab itu saya minta laluan kepada polis sebab saya mahu kejar individu yang tumbuk curi sehingga saya berdarah, itu maksud saya.

"Tapi mungkin suasana agak kelam kabut dan saya seolah-olah berkata polis pukul saya," katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Pandan Indah di sini, Isnin.

Selain itu, Jamal turut menafikan video yang tersebar di laman sosial yang memaparkan beliau bersama kumpulannya bergaduh dengan anggota polis.

"Apabila lihat video di YouTube atau media sosial, seolah-olah kami bergaduh dengan polis, kami bukan bergaduh dengan polis, kami mohon kepada mereka beri laluan untuk kami kejar individu itu," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Ahad, Jamal cedera di bahagian muka akibat dipukul individu tidak dikenali ketika mengekori anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih di dalam pusat membeli-belah di Ampang itu.

Jamal dipanggil ke balai polis itu untuk diambil keterangan berhubung insiden beliau ditumbuk. - BERNAMA

 

Jamal Md Yunos , Baju Merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain