Baju Merah Jaga Kelakuan Jika Bersih Bertindak Sama - Jamal - Semasa | mStar

Baju Merah Jaga Kelakuan Jika Bersih Bertindak Sama - Jamal

Datuk Seri Jamal Md Yunos
SABAK BERNAM: Kumpulan Baju Merah akan menjaga kelakuannya jika mereka yang menghadiri perhimpunan Bersih 5 melakukan tindakan sama, kata pemimpinnya, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

"Jika Bersih menjaga kelakuannya semasa perhimpunan, kita juga akan bertindak begitu. Tetapi jika sebaliknya, kita akan bertindak 'sepuluh kali' lebih daripada mereka," kata Jamal.

Tambahnya, kumpulan Baju Merah akan berhabis-habisan menentang Bersih 5 dan akan berkumpul di mana sahaja Bersih berada.


''Kami telah berikrar untuk habis-habisan menentang perhimpunan Bersih 5 dan kami akan melakukan apa sahaja, walaupun 'bermandi darah'. Di mana sahaja Bersih berkumpul pada 19 November, kami akan berada di sana,'' kata Jamal.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Ahad selepas melancarkan perhimpunan Baju Merah bagi Parlimen Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar di sini, sambil menambah Baju Merah telah memfailkan permohonan untuk berhimpun pada 19 November.

Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi yang bercakap kepada 500 hadirin bagi mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang mengundi beliau pada pilihan raya kecil Jun lalu.

Jamal berkata, kumpulan Baju Merah telah memohon kebenaran untuk berkumpul di kawasan sekitar Dataran Merdeka dan Padang Merbok, termasuk Putrajaya, KLIA dan KLIA2.

Beliau juga berkata seramai 300,000 orang akan hadir untuk perhimpunan Baju Merah yang dirancang.

"Jika kumpulan itu mengikut peraturan dan undang-undang, kita akan melakukan perkara yang sama. Jika mereka berkumpul dalam stadium, kita juga akan buat begitu," kata Jamal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain