suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Bahagian MCA Tebrau Letak Jawatan

JOHOR BAHRU: Ketua bahagian MCA Tebrau, Khoo Soo Seang menyerahkan surat peletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 1 Oktober ini.

Ketika dihubungi The Star, Soo Seang, mengesahkan perkara itu dengan sebab mahu memberi golongan belia dan bakal ketua bahagian melakukan persiapan pilihan raya akan datang dengan lebih lancar.

"Selepas beberapa tahun mengasah bakat baharu, saya percaya keputusan meletak jawatan ini adalah tepat supaya saya dapat menumpukan perhatian kepada tugas lain.

"Jangan memandang perkata ini (peletakan jawatan) sebagai serius," kata lelaki berusia 71 tahun itu yang menyertai delegasi Malaysia ke Persidangan Parlimen Inter Asia di Nay Pyi Taw, Myanmar bermula Rabu sehingga 5 Oktober.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada jawatankuasa perhubungan negeri Johor yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

MCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain