Lelaki Cedera Ditembak Polis Selepas Dikejar Sehingga Desa Coalfields - Semasa | mStar

Lelaki Cedera Ditembak Polis Selepas Dikejar Sehingga Desa Coalfields

Gambar hiasan.

SUNGAI BULOH: Seorang lelaki warga tempatan anggota Geng 'Rizal Kundang' cedera ditembak polis di Desa Coalfields, dekat sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, polis yang sedang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta Naza Citra berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila kami suruh suspek yang berumur 40 tahun itu berhenti kenderaannya, suspek berdegil dan terus memecut laju kereta yang dipandunya sejauh satu kilometer daripada polis.

"Kami mengejar kereta suspek dan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan mengenai tayar sebelah kiri suspek," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, Khamis malam.

Abdul Aziz berkata sejurus melepaskan tembakan, suspek berhenti dan menurunkan seorang rakannya di tepi jalan dan meneruskan perjalanan sejauh satu kilometer lagi ke Desa Coalfields.

Berikutan itu, polis terpaksa mengejar kereta suspek manakala rakan suspek berjaya meloloskan diri di tepi jalan berkenaan.

"Polis kejar kereta suspek sehingga ke Desa Coalfields berhampiran dengan sebuah kedai serbaneka dan  melepaskan lima das tembakan yang mengenai bahu kiri suspek.

"Tembakan itu menyebabkan suspek tidak dapat mengawal kenderaannya dan berhenti di tepi sebuah kedai serbaneka di lokasi kejadian sebelum ditahan anggota polis," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki suspek, polis menemui tiga parang dan kuku kambing yang diletakkan di bahagian depan tempat duduk penumpang.

"Selain itu, kami turut menemui sebutir peluru dalam beg galas serta peralatan untuk kegiatan samun. Berdasarkan rekod, kereta itu dilaporkan sebagai kenderaan curi.

"Hasil siasatan polis mendapati geng itu, dianggotai lima orang termasuk seorang wanita dan lelaki yang melarikan diri dalam kejadian berkenaan dipercayai terbabit dengan kes samun di Kuang, di sini, minggu lepas," katanya.

Abdul Aziz percaya suspek merupakan dalang utama dalam geng berkenaan yang disyaki terbabit dengan kejadian samun membabitkan seorang wanita yang kerugian RM300 dan telefon bimbit.

"Polis masih memburu anggota geng itu yang aktif dengan kegiatan samun di sekitar Kuala Selangor, Shah Alam, Petaling Jaya dan Sungai Buloh," katanya. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain