suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Pesawat Terhempas Secara Menjunam

SYDNEY: Pasukan penyiasat Australia mengesahkan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 terhempas secara menjunam berdasarkan keputusan analisis terhadap serpihan sayap yang ditemukan di Tanzania.

Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley berkata, berdasarkan analisis pada bulan lalu, pihaknya percaya serpihan sayap itu tidak berada pada kedudukannya ketika pesawat berkenaan terhempas.

Malah katanya, keputusan analisis tersebut mengenepikan teori yang mendakwa pesawat Boeing 777 berkenaan mendarat secara terkawal yang sepatutnya menyebabkan sayap kapal terbang itu berada dalam keadaan baik.

"Teori pesawat itu menjunam dengan laju juga menyokong maklumat satelit yang menunjukkan ketinggian MH370 turun secara mendadak.

"Dengan dua keputusan analisis tersebut, teori pesawat itu mendarat secara terkawal atau mengelongsor di atas permukaan laut wajar ditolak," katanya kepada agensi berita Australian Associated Press (AAP).

Pada 15 September 2016, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan serpihan yang ditemukan di Kepulauan Pemba dekat kawasan perairan Tanzania pada Jun lalu merupakan milik pesawat MH370.

Beliau turut mengesahkan sebanyak 22 objek yang mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 telah ditemukan setakat ini.

Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi. 


MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain