suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Universiti Buat Kajian Hasilkan Vaksin Virus Zika Perlukan Dana Besar

Hariz Haikal membuat penyelidikan bagi menghasilkan vaksin untuk mencegah jangkitan virus Zika di ladang herba terbesar Asia milik ayahnya, Nasuha Kasian di Muar. - fotoBERNAMA

MUAR: Seorang pelajar universiti yang sedang membuat penyelidikan bagi menghasilkan vaksin bagi mencegah jangkitan virus Zika memerlukan peralatan dan sejumlah dana yang besar.

Hariz Haikal Nasuha, pelajar Izajah Sarjana Muda Bioproses di kampus Institut Teknologi Kejuruteraan Bio dan Kimia, Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL MICET) di Melaka berkata beliau mengalu-alukan bantuan geran daripada kerajaan dan pihak yang berminat.

Beliau berkata penyelidikan itu membabitkan dua fasa dan fasa pertama sudah dijalankan apabila berjaya menghasilkan minyak pati herba yang diperoleh dari ladang herba milik bapanya, Nasuha Kasian, 62, di sini.

"Fasa pertama melibatkan kajian mengenai langkah-langkah perlu bagi mengelak gigitan nyamuk aedes yang merupakan pembawa virus berkenaan.

"Kajian kedua pula iaitu untuk menghasilkan sejenis vaksin secara langsung kepada manusia sedang dijalankan. Ia akan mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 15 tahun untuk disiapkan," katanya.

Hariz Haikal telah memulakan kajian secara makmal sejak enam bulan lalu di ladang herba terbesar di Asia milik bapanya seluas 1,295 hektar dekat sini dan berjaya menghasilkan penyembur penghalau serangga dengan jenama 'Organic Natural Repellant'.

Semburan repelan itu akan bertindak menutup lubang pernafasan nyamuk aedes yang akan menyebabkannya mati serta-merta apabila disembur terus pada nyamuk aedes.  - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain