Salah Tafsir 'MO1', Nawawi Buat Laporan Polis - Semasa | mStar

Salah Tafsir 'MO1', Nawawi Buat Laporan Polis

Nawawi Ahmad.

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad membuat laporan polis pada Sabtu bagi menyangkal dakwaan berhubung komentarnya yang kononnya mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Beliau membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang, Kuala Lumpur pada kira-kira 11.45 pagi tadi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini.

Katanya beliau membuat laporan itu susulan kenyataannya dalam Facebook pada Selasa lepas mengenai MO1 telah disalah tafsir oleh pihak tertentu.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar tidak terus memutar-belit kenyataannya itu.

"Saya tidak katakan MO1 adalah Yang di-pertuan Agong. Sebaliknya saya kata Agong adalah MO1 iaitu pemerintah tertinggi di negara kita. Ia tiada kaitan dengan MO1 dalam DOJ.

"Ini pendapat saya berdasarkan Perkara 32 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong merupakan pemimpin tertinggi kerajaan," katanya.

Nawawi berkata pihak yang mengkritik beliau tidak membaca keseluruhan perbincangan dan hanya mengambil komennya berkaitan MO1 sahaja.

"Saya  menulis berdasarkan pemahaman saya dan kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan pemimpin tertinggi untuk meluluskan semua perkara mengenai Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman," dakwanya. - BERNAMA


Nawawi Ahmad , MO1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Nawawi Mohon Keampunan Agong

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain