suria

Hidangan Dimasak Isteri Pilihan Pada Bulan Ramadan - Idris

Idris Haron.

MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron tidak berkunjung ke bazar Ramadan kerana beliau lebih suka menikmati makanan yang dimasak sendiri pada bulan Ramadan.

Idris berkata isterinya, Datuk Fadilah Abdullah akan menyediakan juadah menyelerakan sepanjang bulan Ramadan dan beliau tidak pernah terlepas peluang untuk berbuka puasa di rumah.

"Ramadan adalah satu-satunya bulan saya benar-benar menghargai masakan isteri saya dan dia tahu bagaimana untuk memenangi hati saya menerusi juadah air tangannya," kata Idris kepada The Star selepas mempengerusi mesyuarat Exco di sini Rabu.

Idris berkata beliau menahan diri daripada makan nasi pada bulan Ramadan dan mengamalkan minum air suam selepas berbuka puasa.

"Air dan kurma memberikan saya tenaga sehingga waktu solat dan saya menikmati hidangan di rumah dengan sepenuh hati," katanya.

Idris berkata mi kari merupakan juadah kegemarannya sepanjang bulan puasa.

"Saya mengelak pergi ke bazar Ramadan kerana sukar membuat pilihan dan saya percaya kita harus bersederhana dalam apa keadaan sepanjang bulan yang suci ini," katanya.

Idris Haron, berbuka puasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain