suria

Malaysia Perlu Gubal Akta Anti Bahan Lucah Kanak-Kanak

PETALING JAYA: Malaysia perlu mempunyai undang-undang khusus bagi menangani aktiviti pornografi kanak-kanak atau akan terus melihat pedofilia seperti warga British, Richard Huckle terlepas dengan aktiviti jenayahnya, demikian menurut aktivis kanak-kanak, James Nayagam.

Nayagam berkata tiada undang-undang khusus untuk melindungi isu pornografi kanak-kanak di Malaysia.

"Malaysia perlu mengenakan hukuman berat terhadap aktiviti pornografi kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.

"Kita juga perlu mengeluarkan amaran keras mengenai pendirian negara mengenai isu ini," kata Nayagam yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Suriana Untuk Kanak-kanak.

"Dia (Richard Huckle) terlepas. Dia tahu suasana di negara ini," kata Nayagam.

Kegiatan Huckle yang mengaku melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak seawal enam bulan di Malaysia terbongkar selepas polis Australia mengesan kegiatannya secara dalam talian semasa siasatan terhadap suspek lain, lapor BBC News.

Polis Australia dan Eropah menyedari laman web pedofilia yang dipanggil Love Zone yang tersembunyi di sebalik laman web gelap - dilindungi oleh kata laluan, dan perisian pakar.

Artikel Lain