suria

"Hentam Umno Dengan Fakta, Bukan Emosi" - Nasrudin

Sebahagian perwakilan PAS pada hari perasmian Muktamar PAS di Putik, Kelantan, Khamis.

KOTA BARU: Perjuangan PAS tetap untuk parti dan agama Islam, bukan semata-mata menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan Tantawi.

Tegas beliau, hanya dengan mempamerkan budaya politik matang, ia dapat membantu ahli PAS kembali kepada perjuangan parti dan agama Islam sebenar.

Sehubungan itu, katanya, parti itu seharusnya lebih mengutamakan penerangan untuk menterjemahkan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bukan tidak boleh hentam Umno, tetapi perlukan fakta. Jangan hanya beremosi semata-mata.

"Berganding bahulah untuk memberi penerangan mengenai perjuangan kita, sebelum menghentam orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Jumaat.

Tambah Nasrudin, pendekatan tersebut adalah lebih penting untuk beristiqamah dalam perjuangan, selain menarik lebih ramai pengikut untuk bersama dalam perjuangan.

Nasrudin Hassan Tantawi, PAS, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Lain