suria

PRN Sarawak: PAS Sukar Ramal Kemenangan - Hadi

KUCHING: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui PAS masih belum mempunyai angka tepat berhubung jumlah kerusi yang mampu dimenanginya pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu ini.

Sinis ketika menjawab soalan wartawan, Presiden PAS itu berkata, parti pemerintah Barisan Nasional (BN) juga tidak pasti mengenai peluang mereka di Sarawak.

“Kita tidak boleh confirm, termasuk BN pun tidak boleh confirm…InsyaAllah.

“Ramalan cuaca pun tidak tempat, dijangka turun hujan pun tak tentu lagi,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Sarawak di sini lewat malam Selasa.

Sebelum ini Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili dilaporkan berkatam, parti itu yakin dapat melahirkan wakil rakyat pertamanya di negeri ini berdasarkan sambutan positif di kalangan pengundi.

Sempena PRN Sarawak ke-11, PAS meletakkan calonnya di 11 kerusi iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Daripada 11 kerusi berkenaan, PAS menentang parti serpihannya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) di lima kerusi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu mempunyai peluang yang cerah berbanding Amanah.

“Kita ke depan daripada Amanah, itu maklumat yang kita terima,” katanya pada sidang media yang sama.

Ditanya mengenai kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkempen bagi pihak PAS, Abdul Hadi berkata: "Beliau wakil rakyat bebas, berhak menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya," katanya.



Abdul Hadi Awang, PAS, PRN Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain