suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Terjunam Dalam Lubang Pembentung, Warga Emas, Pembantu Terselamat

-fotoTHESTAR
KUALA LUMPUR: Seorang warga emas dan pembantunya terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang projek pembetungan sedalam 12 meter di Seksyen 17 Damansara, dekat sini, Selasa.

Pemandu yang hanya dikenali sebagai Yong, 86, dan pembantunya, Marivl Palquing Estoea, 30, bagaimanapun cedera di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios, dikatakan terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang pembetungan berkenaan.

"Punca sebenar kereta itu terbabas masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Selasa.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damasara berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dari lubang pembetungan itu," katanya.

Artikel Lain