suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesin ATM Dibom, Tapi Duit Tak Terjejas

Gambar Hiasan

BENTONG: Dua individu didapati menggunakan bom buatan sendiri untuk meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Karak di sini pagi Rabu.

Namun dilapor letupan itu hanya menyebabkan kesan kemek pada mesin tersebut sementara peti wang tidak terjejas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian berlaku pada pukul 5.20 pagi.

"Letupan juga mengakibatkan kerosakan kecil pada siling bank. Kita percaya mereka menggunakan bom buatan sendiri," katanya kepada pemberita.-- Bernama

ATM, Bentong, bom

Artikel Lain