suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mencandat Tidak Lagi Meriah, Sotong Makin Pupus

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU: Dikatakan sotong semakin pupus di perairan Terengganu, menjadikan aktiviti mencandat tidak lagi semeriah dahulu.

Perkara ini dikatakan antaranya berpunca daripada aktiviti perikanan bot nelayan asing.

"Pelancong menyewa bot RM1,000 semalam, tetapi hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan sewa tersebut," kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan, Hasan Ismail kepada Bernama.

Beliau berkata sebelum ini pada musim sotong membiak sekitar April atau Mei, nelayan mampu memperoleh hingga 10 kilogram atau 20 kilogram semalam.

"Keadaan ini berbeza sekarang, nelayan kadang-kadang pulang dengan tangan kosong," katanya.

Hasan berkata sumber ikan turut berkurangan disebakan masalah pencerobohan nelayan asing.

Ikan yang popular seperti 'aji-aji' sukar diperoleh sekarang, kalau adapun harganya agak tinggi, katanya.-- Bernama

sotong, Terengganu, Hasan Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain