Kapal Tenggelam 100 Tahun Muncul Di Sungai Pahang - Semasa | mStar

Kapal Tenggelam 100 Tahun Muncul Di Sungai Pahang

Sebahagian kapal dagang British yang karam 100 tahun lalu kelihatan di Sungai Pahang susulan air yang semakin cetek.

PEKAN: Ekoran paras air Sungai Pahang yang cetek berikutan cuaca kering, penduduk Kampung Tanjung di Paloh Hinai dekat sini dapat melihat kemunculan semula sebuah kapal dagang British yang didakwa tenggelam 100 tahun lalu.

Objeknya dikesan sejak sebulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, pada awalnya hanya sebahagian bangkai kapal itu yang kelihatan, namun ekoran air sungai yang semakin cetek menyebabkan semakin banyak bentuk kapal itu kelihatan. 

"Kisah kapal ini memang popular dalam kalangan penduduk yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Dikatakan ia karam kerana menganggu makhluk halus selain sikap kaptennya yang sombong," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kapal tersebut masih mempunyai serombong, tali sauh, kipas dan kebuk pembakaran enjin berkuasa wap.

Abdul Rashid mahu asal usul kapal itu disahkan pihak berkaitan.-- Bernama 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain