suria

PAS Tidak Campur Tangan Isu Dalaman Umno Terengganu - Hadi Awang

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU: PAS tidak akan campur tangan dalam hal-hal dalaman Umno Terengganu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS berkata Umno perlu terus mentadbir negeri ini dan dibenarkan untuk menyelesaikan isu-isu dalamannya sendiri.

"Beri mereka peluang dan masa sehingga hujung penggal. Biarkan mereka sendiri yang menyelesaikan isu-isu yang timbul," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pendirian PAS mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada negeri ini berikutan pelucutan gelaran 'Datuk Seri' terhadap Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.


Istana negeri secara rasmi telah mengumumkan pembatalan anugerah kebesaran itu oleh Sultan Mizan Zainal Abidin melalui satu kenyataan pada Isnin.

Pada Rabu, Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, berkata beliau akan meneruskan tugas seperti biasa dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Mizan untuk membuat keputusan mengenai isu ini.

Artikel Lain