suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adenan Sedia Timbang Azmin, Guan Eng Lebih Lama Di Sarawak

Lim Guan Eng (kiri) dan Azmin Ali

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem sedia mempertimbangkan permohonan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk melanjutkan tempoh berada di Sarawak.

Bagaimanapun Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Ambrose Cheng berkata, Adenan sedia berbuat demikian sekiranya menerima permohonan rasmi daripada kedua-dua pemimpin pembangkang terbabit.

"Ketua Menteri menerima laporan bahawa Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta supaya mereka dibenarkan untuk melanjutkan tempoh ada di Sarawak semasa pilihan raya ini.

“Sebelum ini beliau turut melanjutkan tempoh kepada bukan rakyat Sarawak mengikut kes,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan mengutuk arahan supaya beliau meninggalkan Sarawak pada 2 Mei iaitu selepas tiga hari berada di negeri ini.

Azmin tiba di Kuching pada pagi Jumaat.

Pada kebiasaannya Jabatan Imigresen negeri memberi kebenaran kepada penduduk luar Sarawak untuk tinggal di negeri ini dalam tempoh 90 hari.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang turut dihalang daripada memasuki Sarawak untuk berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), 7 Mei ini.

Ia termasuk Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin DAP.


Artikel Sebelum

Artikel Lain