suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Tiri Dera Anak OKU Ditahan

- Gambar hiasan
BESUT: Seorang bapa tiri direman selama empat hari kerana dipercayai mendera anak tirinya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata suspek ditahan di rumahnya di Jerteh semalam.

Beliau berkata kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dipercayai sering dipukul hingga lebam pada pipi dan badan.

"Ibu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut kepada suaminya. Dia  hanya akan menyapu ubat pada anaknya setelah suaminya keluar bekerja," katanya kepada pemberita.

Kes kanak-kanak tersebut kini mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Besut.
kes dera, dera OKU

Artikel Lain