suria

Keluarga Mangsa Culik Menanti Dengan Penuh Penyiksaan

SIBU: Ahli keluarga empat rakyat Malaysia yang diculik di luar perairan pantai Sabah oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf tidak putus-putus mendoakan keselamatan mangsa, kerana hari ini adalah hari terakhir untuk mereka membayar wang tebusan RM30 juta.

Wong Chi Ming, bapa kepada dua adik beradik yang menjadi tebusan pada Jumaat berkata, apa yang boleh dilakukan sekarang adalah mendoakan keempat-empat mangsa tidak diapa-apakan oleh kumpulan lelaki bersenjata.


Mereka adalah adik-beradik Wong Teck Pang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, tiada talian saudara.

Mereka telah diculik dari sebuah kapal tunda oleh lelaki bersenjata Filipina berhampiran Pulau Ligitan di Semporna pada 1 April lalu.


Penculik telah mengancam untuk memenggal kepala mereka jika wang tebusan RM30 juta itu tidak dibayar hari ini.

Chi Ming berkata ia merupakan satu 'penyiksaan' untuk bercakap dengan anak-anaknya selepas kali terakhir mereka berhubung.

"Perbualan terakhir kami adalah pada 23 April.

"Dia memberitahu saya akan menghubungi saya semula dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.

"Tetapi sekarang sudah enam hari dan kami masih menunggu panggilannya," katanya.

Ditanya jumlah yang telah berjaya dikumpul setakat ini daripada orang ramai, Chi Ming berkata dia tidak mengetahuinya kerana dia tidak membuat pengiraan.

"Ramai orang menyumbangkan wang untuk membantu menyelamatkan empat tebusan. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka semua," katanya.

Mengenai akaun bank yang dibuka untuk menerima sumbangan, beliau berkata akaun itu dibekukan oleh Bank Negara awal minggu ini atas sebab tertentu tetapi kini telah dibuka semula.

Kerajaan negeri Sarawak sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membantu keluarga mangsa untuk membebaskan mereka daripada terus ditawan Abu Sayyaf.
mangsa culik, Abu Sayyaf

Artikel Lain