suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Minta Bantuan Jejak Mualaf Ingkar Perintah Mahkamah

IPOH: Polis Ipoh meminta bantuan orang ramai untuk menjejak mualaf Muhammad Ridhuan Abdullah yang mengingkari perintah Mahkamah Tinggi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Ridhuan, 47, yang sebelumnya dikenali sebagai K. Pathmanathan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Selain itu, orang ramai juga boleh berjumpa atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jenayah (D11) ASP Kamariah Jamaludin di talian 05-2451628 atau 016-5249091 atau Sarjan Mejar Helen Parera di nombor 013-5189925.

Menurut Sum alamat terakhir Muhammad Ridhuan adalah di No.10, PersiaranTeguh 2, Off Jalan Pasir Puteh, Ipoh. 

PAda Jumaat, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan Muhammad Ridhuan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya Prasana Diksa yang berumur lapan tahun kepada bekas isteri, M. Indira Gandhi.  -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain