suria

Penggali Kubur Ditahan Kes Tetak Anggota Polis

John Rambo masih diburu.

KUALA LUMPUR: Seorang penggali kubur yang mempunyai lima kes dadah ditahan di Jalan Kuari, Cheras kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian menetak anggota polis.

Sementara rakannya yang dikenali sebagai John Rambo berumur 40-an yang dipercayai masih berada di Cheras sedang diburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memberitahu Bernama Tajul Rosli Lahaman, 39, ditahan kira-kira 9.30 pagi tadi ketika bersembunyi di kawasan perkuburan berhampiran tempat kejadian. 

Dalam kejadian 6 petang Jumaat itu, dua anggota polis iaitu Koperal Muztaza Nizan Minhaj serta Konstabel Danny Sia Siaw Kian diserang ketika melakukan pemeriksaan di lokasi yang disyaki menjadi tempat kumpulan penagih melepaskan gian dan juga kawasan pengedaran dadah.  -Bernama

Penggali kubur, tetak anggota, polis

Artikel Berikut

Artikel Lain