suria

DAP Musuh Rakyat Luar Bandar - Alfred Jabu

Alfred Jabu Numpang

BARIO: Rakyat Sarawak terutama di luar bandar perlumenolak DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada 7 Mei ini kerana parti itu sering menentang rancangan pembangunan yang disarankan kerajaan Barisan Nasional untuk penduduk di luar bandar.  

Menyifatkan DAP sebagai musuh rakyat di luar bandar, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata pelbagai perancangan untuk luar bandar oleh kerajaan termasuk membangunkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sejak 1996 tidak mendapat sokongan DAP.

"Apabila kita bangunkan kawasan luar bandar, orang yang benci kepada luar bandar adalah DAP. Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), saya bertubi-tubi katakan: "DAP menindas dan menzalimi pemilik tanah NCR daripada menyertai program pembasmian kemiskinan BN."

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Mikro KDN Bario, di sini pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mengulas lanjut, Jabu berkata sewaktu persidangan DUN, usaha Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk memperuntukkan wang tambahan bagi membangunkan kawasan luar bandar juga ditentang oleh DAP.

"DAP musuh luar bandar, mereka tak ingin bantu kita bangunkan luar bandar.Tolak DAP," katanya.

Jabu berkata PKR pula telah mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah kerana tidak mahu tambahan 11 kerusi baharu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya, yang kebanyakannya di luar bandar.

"Mereka tak suka ramai wakil rakyat luar bandar sedangkan ramai daripada mereka berasal dari luar bandar, yang kita bantu sehingga berjaya," katanya.

Katanya, ini berbeza dengan sikap BN kerana setiap kali pembentangan bajet negara peruntukan tambahan untuk Sabah dan Sarawak sentiasa ditingkatkan supaya pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar. 

"Ketua Menteri juga selalu katakan " go rural, go rural, go rural","katanya.  

Jabu, yang tidak bertanding pada PRN11, turut memohon kepada Ahmad Zahiddan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,yang menang tanpa bertanding di Bukit Sari, supaya terus memberikan perhatian kepada masyarakat luar bandar di negeri ini.

"Segala kemudahan termasuk elektrik, klinik masih tak mencukupi. Masih ada banyak permohonan. Kita mohon untuk kemudahan yang lengkap. Please have sympathyto our people here," katanya.

Isu DAP yang menentang pembangunan di luar bandar dan PKR yang tidak mahukanlebih banyak kerusi di luar bandar turut dibangkitkan oleh Awang Tengah.

Awang Tengah berkata DAP sering menentang pembangunan untuk penduduk luar bandar tetapi pada PRN kali ini meletakkan ramai calon di luar bandar manakala PKR pula turut bertanding di kerusi baru seperti di Mulu, yang terletak dalam kawasan Bario.

Kerusi DUN Mulu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BNDatuk Gerawat Gala yang ditentang calon DAP, calon PKR dan calon Bebas.-Bernama

Tan Sri Alfred Jabu Numpang, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Lain