Serbuan Jawi: Siti Zabedah Dibebas Dengan Jaminan Polis - Semasa | mStar

Serbuan Jawi: Siti Zabedah Dibebas Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA: Peguam, Siti Zabedah Kasim dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Aduan terhadap Siti Zabedah itu dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Siti Zabedah berkata, dia ke Balai Polis Dang Wangi untuk menemui pegawai penyiasat berkaitan aduannya mengenai serbuan Jawi acara mengumpul dana bagi komuniti transgender di sebuah hotel, Ahad lalu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dapat menghubungi pegawai polis berkenaan apabila tidak di balai polis berkenaan pada pukul 5 petang bersama peguamnya, Dinesh Muthal.

Beliau berkata, ketika menuju ke tempat meletak kereta, dia mendapat panggilan telefon memintanya kembali ke balai polis berkenaan untuk menemui pegawai penyiasat lain berkaitan laporan Jawi terhadapnya.

"Pegawai penyiasat itu memaklumkan dia perlu menahan saya sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Siti Zabedah berkata, dia diarah melaporkan diri ke balai polis pada 7 Mei ini.

Menurunya lagi, dia akan didakwa mengikut Seksyen 186 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awan dan mengugut.

"Saya tidak takut," katanya yang akan terus membela anak guamnya.

Dalam kejadian Ahad lalu, dilaporkan kira-kira 10 pegawai Jawi hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada  pukul 10 malam.

Siti Zabedah yang menerima anugerah The Star's Golden Hearts tahun lalu berkata, pegawai terlibat telah menghalang semua laluan dan menjadikan mereka umpama banduan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain